Tempatan

Tidak Bersedia Dibuli, Ambiga Seru Bukan Islam Bersuara Apabila Hak Dilanggar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2021 – Peguam Ambiga Sreenevesan menyeru orang bukan Islam sudah tiba masanya mereka menolak dasar yang berkaitan pengharaman judi dan penjualan arak yang mencabuli hak orang bukan Islam.

Dakwanya, walaupun kerajaan sedar dasar itu mengehadkan hak orang bukan Islam, namun mereka tidak peduli.

Kenyataan ini didedahkan kepada wartawan The Malaysian Insight pada Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2021 yang mana beliau adalah penerimanya.

“Beginilah cara mereka menceroboh sedikit demi sedikit dalam kehidupan kita.”

Kata Ambiga, “Setiap kali anda meletakkan agama pada mana-mana perkara, orang akan takut untuk mengkritik. Bagaimanapun, saya tidak fikir kita sepatutnya begitu.”

Kerana itulah menurutnya, apa-apa sahaja yang menjejaskan kehidupan mana-mana rakyat Malaysia, yang kami dapati sebagai pelanggaran hak asasi manusia atau menindas, kami bertanggungjawab untuk bersuara.

Penerima Anugerah Wanita Besi 2009 itu kemudiannya menegaskan bahawa beliau tidak bersedia dibuli untuk mempercayai sebahagian daripada kalangannya adalah warga kelas kedua.

“Saya tidak bersedia untuk dibuli untuk mempercayai sebahagian daripada kita adalah warga kelas kedua. Kali terakhir saya semak, tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan memecah-belahkan rakyat.”

Tambahnya, “Saya tidak bersedia untuk diberitahu bahawa subjek kaum dan agama adalah dilarang kerana saya adalah saya. Saya tidak bersedia untuk mengubah suai tingkah laku saya agar sesuai dengan perkauman, ekstremisme dan penderaan sesiapa.”

“Setahu saya isu yang menjejaskan hak asasi manusia, tidak kira bangsa, agama, jantina atau orientasi seksual mereka, tidak pernah dihalang,” kata Ambiga.

Oleh itu, penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2021 itu sekali lagi menyeru dan menegaskan kepada orang bukan Islam untuk mengutuk dengan lantang dasar-dasar kerajaan yang mencabuli hak bukan Islam.

“Semua orang harus mengutuk dengan lantang apa yang sedang berlaku. Kami kelihatan seperti orang bodoh di arena antarabangsa.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: