Tidak Bayar Nafkah, Akaun Suami Akan Dibekukan – PM
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 22 Mac 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan membekukan atau menyekat akaun bank suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Sabtu lalu.
BACA: Tiada Kesedaran, Punca Nafkah Isteri Kematian Suami Terabai – Profesor Dr. Siti Aishah
BACA: Selamat Hari Wanita Sedunia 2021: Wanita Sebagai Penyembuh Agama, Bangsa Dan Negara – NAJM
BACA: Status Anak Muhammad Sajad, Kerajaan Perlu Ambil Tindakan – Dato’ Zainul Rijal
Tindakan tersebut diputuskan kerajaan bagi memastikan kepentingan dan hak wanita dapat terus dijaga, khususnya yang diceraikan suami kerana lazimnya bekas isteri sukar untuk mendapatkan nafkah selepas perceraian.
Jelasnya, menerusi inisiatif itu, bayaran nafkah yang ditetapkan oleh mahkamah kepada bekas isteri akan dilakukan secara terus dari bank suami.
“Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.”
“Jadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun menyambut baik pengumuman berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya akan cuba melaksanakan inisiatif tersebut pada tahun ini berdasarkan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.