Antarabangsa

Pejuang Sukarela Bergerak ke Ukraine, Tawar Khidmat ‘Jihad’ Perangi Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 19 Mac 2022 – Sukarelawan dari segenap pelosok Eropah telah menuju ke Ukraine bagi membantu tentera Ukraine dalam peperangannya dengan Rusia.

Lapor Daily Mail, sukarelawan dari Estonia, Poland dan Georgia telah pun menuju ke Ukraine bagi menyahut seruan Presiden Ukraine, Volodomyr Zelenskyy, untuk memerangi Rusia.

Seorang sukarelawan menyatakan bahawa beliau merasakan beliau mempunyai tanggungjawab untuk membantu Ukraine dalam memerangi Rusia.

“Saya merasakan sebuah tanggungjawab. Saya dengar Zelenskyy memohon bantuan dari rakyat Eropah lalu saya hadir ke sini (Ukraine),” ujar salah seorang tentera sukarela.

Terdapat juga sukarelawan dari Amerika yang sanggup meredah jarak jauh demi melaksanakan ‘jihad’ membantu tentera Ukraine memerangi Rusia, lapor The New York Times.

Terdahulu, Presiden Ukraine tersebut telah menyeru supaya sukarelawan dari negara-negara luar untuk hadir membantu Ukraine dalam memerangi Rusia.

“Sekiranya kamu mempunyai pengalaman bertempur di Eropah dan kamu tidak mahu tunggu (keputusan) ahli politik yang berbelah-bahagi, kamu boleh hadir ke negara kami untuk menyertai kami bagi mempertahankan Eropah, ianya diperlukan sekarang,” ujarnya

Hal ini mendapat reaksi pelbagai dari pengguna internet, di mana seorang pengguna berseloroh menyifatkannya sebagai sebuah ‘jihad warga Eropah’.

“Dan begitu sahaja, penduduk Eropah akhirnya memahami konsep ‘Jihad’,” ujar pengguna tersebut dalam ciapannya di laman Twitter.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: