Tempatan

Banjir : Pahang Sedia Hadapi Monsun Timur Laut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 28 Disember 2023 – Kerajaan Pahang sentiasa bersiap sedia dalam pelbagai aspek dari semasa ke semasa dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) meliputi pelan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata mesyuarat bersama agensi-agensi kerajaan telah pun diadakan sebelum menghadapi MTL.

“Ini adalah yearly event, boleh dikatakan banjir di Negeri Pahang ini sama ada banjir besar, banjir kecil ataupun banjir kilat ia sentiasa berlaku. Jadi kita sentiasa bersiap sedia dari semasa ke semasa.”

“Dan kita buat post mortem apa yang berlaku sebelum ini. Makna ada tindakan jangka pendek, jangka masa panjang, jangka masa sederhana. Maknanya kita get ready.”

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata semua bantuan barangan banjir juga telah dihantar ke pengkalan hadapan.

Menurutnya lagi, Pahang merupakan negeri pertama yang membina Pusat Pemindahan Kekal (PPK) dan membekalkan makanan retort makanan kepada mangsa banjir.

“Dan di Pahang ini kita ada retort yang kita panggil ready-to-eat. Untuk mereka yang baru dipindahkan tu kita terus bagi pakej tu yang ada nasi lemak, nasi beriani, kerana kita tahu mereka dalam keadaan rumah naik air, jadi tension. Saya ingat kita yang pertama buat menyediakan makanan retort di Pahang ni kepada mangsa-mangsa banjir,” ujarnya.

Setakat ini, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka menempatkan 119 mangsa banjir daripada 35 keluarga.

Menurut laporan daripada Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Pahang, kesemua mangsa terbabit masih dari daerah Lipis, Jerantut dan Kuantan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: