Tempatan

TERKINI: Juruterbang Helikopter Hilang Di Perak, Dipercayai Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 12 September 2022 – Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan bahawa juruterbang helikopter yang dilaporkan hilang semalam oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) terkini ditemui maut di tempat kejadian, lapor sebuah portal tempatan.

Mayat juruterbang kini dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Misi pencarian dan operasi (SAR) yang dilakukan sejak semalam telah berjaya mengesan lokasi kejadian pada 8.20 pagi ini.

Seramai 207 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk polis, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am, Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perhutanan dan Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) terlibat dalam operasi tersebut.

Semalam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan, helikopter Eurocopter milik persendirian itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 11.37 pagi dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada 12.37 tengah hari, namun terputus radio dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada 12.16 tengah hari sebelum Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melaporkan pesawat itu hilang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: