Tempatan

Tiada Tauliah, JAIS Batal Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 24 Februari 2023 – Akibat tidak mempunyai tauliah mengajar agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membatalkan kuliah maghrib penceramah terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus.

Menerusi sebuah kenyataan media, JAIS memaklumkan, kuliah tersebut akan berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada Ahad, 26 Februari 2023.

BACA JUGA: Belanjawan 2023: Kerajaan Naikkan Elaun Guru KAFA Kepada RM1,100

BACA JUGA: Menu Rahmah Rugikan Peniaga Melayu

BACA JUGA: Lawan Sikap Buli Barat, China Pertahan Hubungan Dengan Rusia

Walau bagaimanapun, kuliah berkenaan dibatalkan selepas pihak JAIS mendapati bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar agama di negeri itu.

Tambah kenyataan tersebut, “Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) / JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Negeri Selangor. Semua individu yang mengajar tentang agama Islam di Negeri Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.”

Mengulas lanjut, mengikut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016, pihak masjid/surau juga tidak dibenarkan menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar, ujar JAIS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: