Tempatan

Tiada Syarat Dalam Perlembagaan Malaysia PM Perlu Usul Undi Percaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2022 – Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz menegaskan bahawa tidak ada syarat di dalam Perlembagaan Malaysia memerlukan Perdana Menteri mengusulkan undi percaya selepas beliau dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA).

Beliau juga menjelaskan, walau bagaimanapun perkara tersebut wujud di dalam sesetengah perlembagaan lain tetapi bukanlah di dalam Perlembagaan negara.

Ini adalah disebabkan kuasa Raja di Malaysia berbeza berbanding dengan kuasa Raja di England, ujar beliau.

“Raja di England dilantik oleh Parlimen, Raja kita dilantik oleh Raja sendiri. Jadi, adalah perbezaan dari segi amalan demokrasi di negara kita dan di England.”

Oleh itu, Malaysia tidaklah semata-mata mengikut demokrasi Westminster tetapi di dalam keadaan Raja Berperlembagaan dan demokrasi berperlembagaan.

Profesor Datuk Dr Shamrahayu juga berkata, Perlembagaan negara banyak bercambah dari bumi Malaysia sendiri dan dalam konteks sistem berparlimen pula, negara dari dulu mengamalkan sistem monarki, di mana semua kuasa tertumpu kepada Raja.

Contohnya, kuasa mentafsir Perlembagaan, hukuman mati, menetapkan perang, semuanya di bawah kuasa budi bicara Raja, namun ia berubah selepas negara mengambil sistem demokrasi.

Justeru, jika dikaji di dalam demokrasi negara sebelum ini iaitu sistem dari sejarah, tradisi dan warisan negara, tidak ada cara untuk menurunkan seorang pemimpin seperti konteks vote of confidence atau vote of no confidence.

Maka, apabila bercakap mengenai amalan demokrasi dalam konteks confidence, ia akan merujuk kepada demokrasi Westminster, kata Profesor Datuk Dr Shamrahayu.

Profesor Datuk Dr Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkongsi pandangan beliau tersebut di dalam satu forum ‘Polemik usul undi percaya di Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) pada 15 Disember lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: