Antarabangsa

Selepas Belajar Silat Melayu, ‘Mat Kilau’ Trending Di Netflix Negara Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 26 September 2022 – Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bukan sahaja meraih kutipan tertinggi dalam sejarah industri perfileman tempatan sehingga mencapai hampir RM100 juta tetapi juga berjaya mencatat tontonan tinggi di Netflix rejim haram aparteid Israel.

Lapor media tempatan, filem tersebut yang mula ditayangkan ke seluruh dunia pada 16 September lalu, melalui syarikat perkhidmatan penstriman hiburan Amerika Syarikat, Netflix, telah menduduki tempat keempat dalam carta Top 10 filem tontonan paling ramai di negara zionis dan juga negara-negara teluk seperti Arab Saudi dan Oman.

 

unnamed.png?resize=636%2C1024&is-pending-load=1#038;ssl=1

Selain itu, filem arahan pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof itu turut meraih kedudukan nombor empat dalam senarai Top 10 filem paling popular di Netflix beberapa buah negara lain termasuk Maghribi, Turkiye, Greece, Hong Kong, Portugal dan Norway.

Bukan itu sahaja, filem tersebut juga merekodkan tempat ke-5 dalam carta Global Top 10 filem bukan berbahasa Inggeris di Netflix dari tempoh 12 hingga 18 September 2022, dengan jumlah tontonan 3.97 juta per jam mengatasi filem-filem antarabangsa seperti No Limit dan Ek Villain Returns.

Samudera.my sebelum ini melaporkan keghairahan penduduk rejim haram aparteid Israel mempelajari ilmu pertahanan diri Melayu, Silat dalam sebuah bengkel yang dianjurkan baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: