Antarabangsa

Monkeypox : Filipina Tingkatkan Kawalan Cegah Kemasukan Penyakit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Manila, 25 Mei 2022 – Jabatan Kesihatan Filipina telah meningkatkan pemantauan ketat untuk memastikan tiada kes Cacar Monyet (Monkeypox) tembus masuk ke Filipina.

“Kami memberi peringatan kepada rakyat kami untuk sentiasa mematuhi Garispanduan Kesihatan Awam,” Timbalan Setiausaha Kesihatan Filipina, Abdullah Dumama dipetik di dalam satu sesi taklimat kepada Presiden Rodrigo Duterte.

Menurut Abdullah Dumama lagi, penyakit Cacar Monyet ini merupakan kemunculan semula virus orthopox dan merupakan penyakit zoonotik yang berasal dari hutan tropika di wilayah Barat dan Tengah benua Afrika. Virus ini boleh tersebar dari haiwan ke manusia dan seterusnya dari manusia ke manusia.

Belum ada kes Cacar Monyet dilaporkan di Filipina. Walaubagaimanapun Langkah pencegahan sudah mula diketatkan dengan bantuan penglibatan agensi-agensi awam.

Pada ketika ini, menurut laporan Centre For Disesease Control (CDC) Amerika Syarikat, kes Cacar Monyet ini telah dicatatkan di lebih 16 negara seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: