Antarabangsa

FT Dakwa AS Kekurangan Senjata, ‘Tidak Mampu’ Berkonflik Dengan China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 20 Julai 2023 – Akhbar terkenal, Financial Times telah menerbitkan sebuah laporan yang menyatakan bahawa kekurangan bekalan persenjataan yang disebabkan oleh konflik di Ukraine telah mendorong beberapa para pemikir Amerika Syarikat untuk membuat pemeriksaan tentang bekalan pihak Barat dan hasilnya adalah mengecewakan.

Menurut laporan yang diterbitkan pada Rabu lalu, industri ketenteraan yang dimiliki oleh para sekutu NATO juga tidak dapat membantu memulihkan masalah tersebut.

Center for Strategic and International Studies (CSIS) telah menyatakan bahawa konflik AS dengan China bagi merebut Taiwan telah menunjukkan bahawa negara Barat tersebut kini hanya mempunyai sekitar 450 buah peluru berpandu anti-kapal jarak jauh yang mana ianya hanya cukup untuk satu minggu.

BACA JUGA: Taikun Hartanah Dibenarkan Tukar Sebahagian Bangunan Ikonik London Menjadi Masjid

BACA JUGA: Gelombang Haba Ekstrem, 1/3 Penduduk AS Terkesan

BACA JUGA: Gunung Berapi Mayon: Lebih 1,600 Mangsa Dipindahkan Alami Jangkitan Pernafasan Akut

Sebuah badan pemikir lain, Center for New American Security (CNAS) pula telah menyatakan bahawa penyimpanan peluru berpandu yang ada kini adalah “terlalu kecil untuk menghadapi pencerobohan awal, apatah lagi untuk digunakan dalam konflik yang berlarutan dengan China”.

Menurut CNAS lagi, untuk menghalang dan mengalahkan Beijing, AS “perlukan simpanan peluru-peluru berpandu yang banyak, senjata-senjata serangan maritim serta pertahanan-pertahanan udara dan peluru berpandu.

Financial Times menerusi laporannya turut menyatakan bahawa jabatan pertahanan AS telah meminta dana sebanyak $1.1 bilion pada tahun kewangan 2024 bagi membeli sebanyak 118 buah peluru berpandu anti-kapal jarak jauh yang mana jumlah ini lebih tinggi berbanding jumlah pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 83 buah.

Pentagon juga turut memerlukan sekitar $30 bilion untuk bekalan peluru, di mana jumlah tersebut adalah 23 peratus lebih tinggi berbanding dengan kadar bagi tahun 2023, serta turut meminta sebanyak $315 bilion untuk senjata-senjata baharu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: