Tempatan

Tiada Liputan Media BI Terhadap Pencabulan Hak Asasi Manusia Paling Teruk – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 24 Mei 2022 – Peguam, Lukman Sheriff dalam satu kenyataan di Facebooknya mengkritik media Bahasa Inggeris di Malaysia kerana tidak membuat sebarang liputan mengenai isu umat Islam di Palestin sedangkan ia merupakan satu pencabulan hak asasi manusia yang paling teruk dan besar.

Menurut beliau, portal berita FMT mempunyai dua segmen di websitenya iaitu segmen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dalam masa yang sama, jika dibandingkan tajuk berita daripada dua bahasa itu, kita akan dapati di mana segmen Bahasa Inggeris tidak membuat liputan langsung mengenai isu Palestin tersebut walaupun ia adalah isu hak asasi manusia. Namun, perkara ini berbeza sama sekali dengan segmen Bahasa Melayu yang melakukan hal sebaliknya.

“FMT ada segmen English dan BM di websitenya. Cuba kita tengok headlines English dan BM pada waktu sama. Untuk English, tiada liputan langsung mengenai isu Palestin walaupun ini isu human rights. Tetapi di bawah BM ada liputan ini.”

“Yang menarik juga conference Bahasa Melayu yang juga diadakan di hujung minggu ini mendapat liputan BM tetapi tidak English. Berita BM dan English walaupun satu portal dan pemilik tidak sama,” tambah peguam itu lagi.

Lukman Sheriff berpandangan bahawa, media Bahasa Melayu di negara ini lebih banyak membuat liputan mengenai isu tersebut malah mereka melakukannya dengan lebih terperinci lagi namun, perkara ini amat berbeza dengan tindakan media Bahasa Inggeris yang sama sekali tidak membuat apa-apa.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) memaklumkan bahawa pendekatan yang diambil oleh pemilik portal berita tersebut adalah berbeza.

“Berita BM dan English walaupun satu portal dan pemilik tidak sama. Jelas dari sini pendekatan mereka berbeza.”

“Dunia BM dan English sengaja tidak disamakan. Pembaca media English misalnya tidak akan rasa pentingnya isu Palestin dan bahasa. Laporan Human Rights menjadi selektif. Akhirnya prioriti isu dan reaksi akan berbeza-beza dalam masyarakat.”

Mengakhiri kenyataan, beliau berkata, “Jelas dari sini pendekatan mereka berbeza.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: