Tempatan

Kumpulan Lapor Polis, Dakwa Kanak-Kanak Hindu Didakyah Kumpulan Kristian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEPALA BATAS, 09 Jun 2023 – Sekumpulan individu daripada Pemuda Perpaduan PKR membuat laporan polis susulan dakwaan kanak-kanak Hindu didakyah oleh kumpulan Kristian.

Memetik berita tempatan, Ketua Pemuda PKR Tasek Gelugor, Nur Mushawwir Hrsikesa Thaitchana Muruthi yang mengetuai laporan polis itu menggesa agar pihak polis untuk bertindak terhadap dakyah yang didakwa mensasarkan kanak-kanak yang tinggal di perumahan flat kos rendah semasa ibu bapa mereka keluar bekerja.

Kata beliau, aktiviti terbabit boleh menggugat keharmonian agama di Malaysia jika tidak dikawal terutamanya jika dakyah dari rumah ke rumah itu menular kepada umat Islam juga.

BACA JUGA: Vaksin COVID-19: Kesan Sampingan ‘Kematian’ Tidak Dimasukkan Kerana Aplikasi “Terhad”

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Sebagai Makanan Kebangsaan, Judi Sebagai Permainan Kebangsaan?

BACA JUGA: Pemuda UMNO Bakal Serah Memorandum Bantahan Kebiadapan Jocelyn Chia Perlekeh Malaysia

Beliau mengeluarkan kenyataan demikian pada sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas membuat laporan polis semalam.

Beliau turut diiringi kira-kira 15 individu daripada Pemuda Perpaduan, sebuah kumpulan yang mewakili sayap pemuda parti kerajaan gabungan tersebut.

Katanya, beliau memutuskan untuk membuat laporan polis selepas menerima video menerusi khidmat pesanan ringkas yang kononnya menunjukkan kumpulan Kristian berdakyah kepada kanak-kanak bawah umur di Kampung Muhibbah di Puchong, Selangor.

Dalam laporan yang dibuat, beliau mendakwa kumpulan tersebut telah melakukan perkara tersebut biarpun mengetahui bahawa kanak-kanak itu beragama Hindu berikutan kebanyakan kanak-kanak itu memakai vibuthi di dahi mereka.

Tegas beliau, penukaran agama seseorang yang berumur di bawah 18 tahun memerlukan persetujuan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: