Tempatan

Tiada Lagi Laluan Khas RFID & SmartTAG

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2022 – Laluan khas RFID dan SmartTAG mungkin dimansuhkan dan dibenarkan kepada penggunaan semua teknologi sistem tol lebuh raya di Lembah Klang.

Demikian cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas di bandar raya itu terutamanya pada waktu puncak.

“Selalunya apabila menghampiri plaza tol, pemandu terpaksa menukar haluan ke arah lorong yang ditetapkan untuk kaedah pembayaran mereka,” ujar Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri KWP dalam sidang media di Menara DBKL 1.

“Sebagai contoh, pengguna RFID mesti menukar haluan ke lorongnya, dan selalunya hanya satu sahaja lorong disediakan.”

Beliau menjelaskan bahawa situasi tersebut akan menyebabkan kesesakan kerana pemandu cenderung berebut bagi membuat pembayaran tol.

Dalam pada itu, kementerian turut mencadangkan agar pintu tol dihentikan operasi sementara khususnya pada waktu puncak untuk melancarkan laluan trafik.

“Satu kaedah alternatif perlu dikenalpasti agar kenderaan boleh melalui plaza tol dengan lebih pantas pada waktu puncak,” kata beliau.

Jalaludin memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu maklum balas LLM sebelum meneruskan perancangan selanjutnya.

Kebelakangan ini, gesaan kajian semula keadaan lalu lintas di ibu kota itu semakin menjadi-jadi terutamanya di media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: