Tempatan

Tiada Kompromi Pentingnya Kekal & Kukuhkan Institusi Beraja – Profesor Madya Dr Shamrahayu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2021 – Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz menegaskan bahawa beliau tidak berkompromi tentang pentingnya mengekalkan dan mengukuhkan institusi beraja.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan banyaknya isu yang muncul berkaitan raja dan politik.

Menurut Prof Shamrahayu, rakyat memahami raja tidak perlu terlibat dalam politik kepartian, namun raja tidak boleh lari daripada melaksanakan peranan baginda dalam pentadbiran negara, ujar beliau seperti dalam Facebooknya.

“….yang maksudnya penglibatan raja dalam politik atau siasah. Peranan yang ini ada dinyatakan dalam Perlembagaan. Contohnya Perkara 38(2)dan(3).”

Jelas Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM itu, mungkin garis pemisah antara politik kepartian dan politik pentadbiran – siasah – agak nipis. Justeru, perkara ini perlu difahami dengan jelas.

Oleh sebab itu, beliau bersetuju agar satu perbincangan serius mengenai raja dalam Perlembagaan dan raja dan politik diadakan.

Namun, “Sekiranya mahu berbincang tentang raja dan politik sekalipun, ia perlu dibincangkan dalam skop Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan/Undang-Undang Tubuh Negeri dan tiada cadangan bagi pindaan undang-undang tentang kedudukan, peranan dan fungsi raja berperlembagaan harus dikemukakan”, kata beliau dengan tegas.

Leave a Reply

Back to top button