Tempatan

Tiada Kompromi Dalam Jenayah Bawa Masuk Warga Asing Tanpa Lesen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2024 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi dengan salah laku jenayah membawa masuk warga asing tanpa lesen, tegas Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut beliau, pihaknya tegas dalam isu berkaitan mana-mana pihak di bawah agensi kerajaan yang terlibat dengan salah laku rasuah dan kuasa.

“KDN kekal mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada kerana kita tidak sesekali berkompromi perkara seumpama itu.”

Tambahnya, “Jika ada siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka kita terbuka untuk bekerjasama menjalankan siasatan. Kita di KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia sangat tegas dalam soal ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: