Tempatan

Tiada Kesedaran, Punca Nafkah Isteri Kematian Suami Terabai – Profesor Dr. Siti Aishah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2021 –Ilmu ahkam tentang nafkah isteri kematian suami perlu dipelajari sedari sekolah menengah lagi selain perlu didedahkan dalam kursus pra-perkahwinan, menurut Professor Dr. Siti Aishah Hassan.

Ini jawapan Prof Dr. Siti Aishah yang merupakan seorang Profesor di Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia kepada wartawan Samudera.my apabila ditanya mengenai siapa yang bertanggungjawab mencari nafkah selepas suaminya meninggal dunia.

“Sebab tak belajar dalam mana-mana silibus di sekolah menengah kebangsaan atau kursus perkahwinan dan tak usaha untuk menuntut ilmu mengenainya, ringkasnya tiada kesedaran,” ujar beliau.

Selain itu, kesedaran mengenai punca nafkah selepas isteri kematian suami perlu diwar-warkan terutama melalui media massa.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi ForCare – gabungan NGO prihatin anak yatim dan balu mangsa COVID 19 itu berkata, media massa tidak banyak membuat pendedahan tentang kepentingan ilmu ahkam atau fiqh anak yatim.

Lebih parah lagi apabila ada balu yang dihalau oleh mentua dan ipar, ini berpunca daripada kurangnya ilmu.

Prof Siti Aishah kemudiannya berkongsi pengalaman mengenai seorang balu yang dihalau mentuanya disebabkan keluarga mentua ingin membahagikan dan menuntut harta pusaka peninggalan suaminya.

Akhirnya, balu dan anak-anak yatim itu terpaksa merempat dan menumpang kepada yang sudi. Lebih menyedihkan lagi, balu itu terpisah dengan anaknya kerana terpaksa menyerahkan anak-anaknya ke rumah anak yatim disebabkan dihimpit kemiskinan.

Di akhir kenyataan, beliau juga mencadangkan supaya kisah-kisah anak yatim dan balu ini didramakan atau difilemkan di media sosial.

Selain itu, ilmu-ilmu fiqh ini juga boleh ditekankan dalam kuliah-kuliah atau khutbah di masjid dan surau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: