Tempatan

Tiada Keperluan Naiktaraf Sistem Pendidikan Tingkatan 6

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Julai 2024 – “Tingkatan enam diiktiraf dan sudah pun digelar sebagai Kolej Tingkatan Enam, jadi tiada keperluan untuk menukarkannya sebagai cawangan matrikulasi,” kata bekas Pensyarah Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Tan Sri Datuk Dr. T. Marimuthu.

Menurutnya, kedua-dua saluran mempunyai kelebihan tersendiri dan pelajar berhak menentukan aliran pendidikan mereka tanpa mengira kaum.

“Kedua-dua ini saluran pendidikannya berbeza, yang kurang cemerlang boleh juga masuk tingkatan enam, peluang pendidikan juga cerah kerana tingkatan enam terdiri daripada sains sosial dan sains.”

Selain itu, “Tingkatan enam juga kosnya lebih murah, jadi sangat bagus untuk pelajar B40 yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti mahupun matrikulasi,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan, Kerajaan dicadangkan menaik taraf Kolej Tingkatan Enam kepada pusat matrikulasi agar dapat menampung lebih ramai kemasukan pelajar tanpa mengira kaum.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: