Tempatan

Merisaukan: Kajian Dapati 72.1% Rakyat Malaysia Enggan Sambung Pelajaran Lepas SPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – Sebuah kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mendedahkan hal yang membimbangkan di mana hampir 72.1% rakyat Malaysia memilih untuk tidak meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi setelah tamat peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM).

Lebih membimbangkan lagi, hasil kajian tersebut mendapati hanya 22.1% pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi setelah peperiksaan SPM.

Hal yang mencetuskan kerisauan ini didedahkan oleh Mohamad Muzaffar Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan, Produktiviti dan Daya Saing MPC.

Bukan itu sahaja, kajian yang sama turut mendapati 5.8% rakyat Malaysia tidak pernah bersekolah.

Jelasnya, berkemungkinan golongan yang tidak pernah bersekolah ini terdiri daripada golongan yang lahir dalam keluarga yang susah, di mana sebahagian daripada mereka ini adalah dari masyarakat Orang Asli, dan masyarakat asal Sabah dan Sarawak.

“Kita percaya golongan yang tidak bersekolah ini terdiri daripada mereka yang lahir daripada keluarga susah, sebilangannya masyarakat Orang Asli dan masyarakat asal Sabah serta Sarawak,” jelasnya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Kajian tersebut adalah sebuah kajian yang dilakukan oleh DOSM yang kemudiannya dibekalkan kepada World Economic Forum bagi tujuan Laporan Daya Saing Global 2019.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: