Antarabangsa

50 Dikhuatiri Terbunuh Dalam Malapetaka Tanah Runtuh India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANIPUR, 08 Julai 2022 – Kira-kira 14 orang maut dan 50 lagi dikhuatiri terbunuh dalam satu malapetaka tanah runtuh yang menimpa sebuah kawasan terpencil negeri Manipur, timur laut India.

Laporan berita sama memaklumkan, pasukan penyelamat pada Khamis pagi turut bergelut dalam hujan lebat bagi mengeluarkan 19 lagi mangsa yang terselamat daripada runtuhan tersebut yang berlaku di sebuah tapak pembinaan keretapi. Mangsa adalah pekerja-pekerja yang sedang berehat semalaman di kem sementera tapak pembinaan berkenaan.

Haulianlal Guite, majistret daerah Noney di Manipur memberitahu, peratus peluang mangsa yang terselamat adalah sangat tipis memandangkan insiden tanah runtuh itu berlaku sekitar jam 2 pagi.

“Operasi mencari tanpa henti akan diteruskan pada waktu malam.”

“Peralatan kejuruteraan termasuk jentolak telah digunakan bagi membuka laluan masuk ke lokasi kejadian dan membantu dalam usaha menyelamat,” ujar satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera India.

Kenyataan sama memberitahu, dalam bulan ini juga, negeri timur laut India dan Bangladesh telah dilanda hujan yang tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga mengorbankan lebih dari 150 orang.

Akibat bencana banjir yang berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini, jutaan rakyat telah kehilangan tempat tinggal dan rumah-rumah yang berada di kawasan rendah turut ditenggelami air.

Sebelum ini samudera.my melaporkan berita mengenai India yang bakal berdepan dengan malapetaka disebabkan oleh kegagalan monsun yang dijangka berlaku. Kegagalan itu akan memberikan impak buruk kepada sektor ekonomi berasaskan pertanian yang menjadi salah satu sumber pendapatan negara tersebut. Apa yang turut membimbangkan kumpulan pakar negara itu ialah kegagalan itu turut akan menjejaskan isu keselamatan bekalan makanan di India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: