Tempatan

Tiada Cadangan SOP Khusus Solat Terawih

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 05 Mac 2022 – “Tiada SOP khusus untuk solat Terawih, semua solat sama saja seperti yang dilakukan sekarang,” maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Idris Ahmad.

Ujarnya, kerajaan hanya akan menggunakan garis panduan sedia ada yang sudah disediakan sebelum ini.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menetapkan jarak jemaah antara satu sama lain untuk melaksanakan solat jemaah atau solat Jumaat sejauh satu meter dan wajib memakai pelitup muka.

Selain itu, JAKIM turut menetapkan solat jemaah dan solat Jumaat dilakukan antara 10 hingga 15 minit dengan imam digalakkan membaca surah atau ayat pendek.

Bagi Solat Jumaat, teks khutbah perlu dipendekkan sebaik mungkin dengan menjaga rukun asal.

Leave a Reply

Back to top button