Terkini

Tragedi Kepala Air Kemaman: Kawasan Perkelahan Jeram Mawar Ditutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEMAMAN, 04 Julai 2023 – Kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman akan ditutup buat sementara waktu, maklum Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman.

Ujarnya keputusan itu diambil oleh Kerajaan Negeri susulan tragedi kepala air yang mengorbankan 10 mangsa baru-baru ini.

BACA JUGA: Isu Menteri Buat ‘Kecoh’ Di KLIA: SPRM ‘Buru’ Ejen

BACA JUGA: PERHATIAN! Fenomena Air Pasang Perbani Berlangsung 4 Hari Ini

BACA JUGA: Kerajaan Tanggung 4,000 Lesen PSV Kepada Yang Layak

“Kita akan berbincang dengan pihak berkuasa apakah langkah keselamatan yang perlu diambil seterusnya selepas ini.”

“Selain itu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu juga akan memasang tali amaran dan papan tanda yang memaklumkan penutupan sementara kawasan tersebut,” jelas beliau.

Tambah Ariffin, hujan lebat yang sering berlaku di kawasan hulu sejak akhir-akhir ini juga sangat berisiko menyebabkan berlakunya lagi insiden seumpama itu.

Setakat hari ini, seramai tujuh daripada 10 mangsa tragedi kepala air Kemaman telah ditemukan sejak semalam.

Salah seorang daripada mangsa itu ditemukan pada pagi ini, di mana Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Hanyan Ramlan mengesahkan mangsa ketujuh yang ditemui itu ialah  Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: