Tempatan

Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara 6 Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MARANG, 01 Disember 2023 – Gara-gara mengibarkan bendera Israel pada 19 Oktober lepas, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara enam bulan beserta denda RM500 di Mahkamah Majistret Marang, semalam.

Menurut laporan berita tempatan, lelaki berkenaan, Harma Zulfika Deraman yang berumur 30 tahun turut berdepan dengan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Difahamkan, hukuman tersebut akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang dikenakan kepadanya bulan lalu yang turut diikuti dengan satu sebatan bagi kesalahan dadah.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Majistret Zur Azureen Zainalkefli selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 19 Oktober lalu jam 1 petang di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: