Tempatan

Tetap Berpuasa Walau Dilarang, Pengawal Peribadi Dibelasah Majikan

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 15 April 2021 – Seorang pengawal peribadi bersama rakannya dibelasah serta diacukan pistol oleh majikan mereka selepas mereka didapati menunaikan kewajipan berpuasa, lapor sebuah portal tempatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, sebelum itu mangsa berusia 26 tahun bersama majikannya seorang lelaki berusia 43 tahun berada di kondominium di Jalan Pinang, Klang pada 10 malam beberapa hari lalu.

Menurutnya, suspek kemudian memarahi mangsa yang memaklumkan dia berpuasa sebelum menamparnya.

“Sebaik tiba di rumah suspek di Batu Nilam, Klang, mangsa yang berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah dengan rotan selain diacukan pistol oleh suspek.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan beku dan lebam pada badan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.”

Kata Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah lagi, dua mangsa sudah bekerja dengan suspek sebagai pengawal peribadi sejak tiga dan tujuh tahun lalu.

“Suspek akan memarahi mangsa jika mengetahui pekerjanya itu berpuasa dan memaksa agar tidak meneruskannya.”

Susulan kejadian ini, pihak polis telah menahan empat individu berkaitan kes itu di mana salah seorangnya merupakan ahli perniagaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli pula berkata, kes ini tidak membabitkan sebarang isu perkauman.

Peguam, Syahredzan Johan sebelum ini pernah menegaskan, Perkara 11 Perlembagaan menjamin kebebasan agama bagi setiap individu di Malaysia.

“Menurut Perkara 11(1) Perlembagaan, tiap–tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.”

“Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana–mana pihak atas apa–apa alasan sekalipun, melainkan ia berlawanan dengan apa–apa undang–undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button