Tempatan

Test Kit Hampir Habis Dalam Pasaran Kerana Omicron – Persatuan Farmasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 Februari 2022 – Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Amrahi Buang berkata, wujud aduan dari orang ramai mengenai kekurangan kit ujian COVID-19 di pasaran, dipercayai mempunyai kaitan dengan jangkitan Omicron.

Bukan itu sahaja, kekurangan stok kit ujian itu juga berkemungkinan berpunca daripada cuti perayaan Tahun Baru Cina dan sambutan Hari Wilayah Persekutuan minggu lalu.

BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau
BACA: Seleweng Ribuan Minyak Masak Subsidi Untuk Sembah Berhala, KPDNHEP Tumpas Sindiket
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Sehubungan itu, pihaknya memohon agar kerajaan mengambil berat tentang isu kekurangan kit kendiri ini kerana ia merupakan salah satu strategi untuk mengawal varian Omicron yang kelihatan lebih cepat kadar kejangkitannya.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kit ujian kendiri tersebut dari farmasi-farmasi komuniti yang dipercayai dengan kualiti yang terjamin.

Ini kerana jika dibeli dari sumber-sumber lain terutamanya di atas talian boleh mengundang produk-produk palsu atau berkualiti rendah.

“Akibatnya adalah keputusan negatif yang palsu. ”

“Ahli-ahli farmasi mampu membantu rakyat dalam perkara ini dengan membantu membekalkan jenama yang berkualiti, bukan produk palsu serta membantu orang ramai melakukan ujian dengan betul serta membantu dalam proses pelaporan di aplikasi MySejahtera,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: