Antarabangsa

Dua Remaja Diberkas Dalam Insiden Serangan Bakar Masjid di England

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ENGLAND, 12 Ogos 2023 – Dua remaja diberkas selepas insiden serangan pembakaran (arson attack) di Masjid Northbrooks di Harlow, Essex, baru-baru ini, memetik kepada portal antarabangsa.

Menurut setiausaha masjid tersebut, Jamal Uddin, serangan kebakaran itu telah mengakibatkan kerosakan pada permaidani dan langsir masjid berkenaan namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

BACA JUGA: Positif Covid Boleh Keluar Mengundi Bersyarat – KKM

BACA JUGA: KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan LGBT Pada Jam Swatch

BACA JUGA: Orang Luar Tabie Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

Insiden itu bagaimanapun disifatkan sebagai serangan pembakaran yang memburukkan perkauman dan ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa Essex.

Sementara itu, komander daerah Harlow, Ketua Inspektor Paul Austin berkata, pegawai-pegawai polis akan berada di kawasan tersebut pada masa-masa akan datang dan beliau turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai sebarang kegusaran untuk memaklumkan kepada pegawai-pegawai tersebut.

Ketua Majlis Konservatif Harlow, Dan Swords pula berkata ia merupakan suatu insiden yang mengejutkan dan serangan sedemikian adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: