Antarabangsa

Tertekan Kalah, Pelampau Hindu ‘Serang’ Pemain Sikh Kumpulan Kriket India

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 05 September 2022 – Susulan kekalahan India dalam sebuah pertandingan kriket semalam, penyokong kriket India bertindak ‘menyerang’ Arshdeep Singh, salah seorang pemain kriket pasukan India beragama Sikh dengan menggelarnya “Khalistani”.

“Pakistan mengalahkan India dalam sebuah perlawanan kriket. Nasionalis telah ‘menyerang’ pemain kriket beragama Sikh, menyalahkannya atas kekalahan tersebut, dan menggelarnya Khalistani,” kata Ashok Swain

Seorang pengguna mendedahkan tangkap layar ciapan-ciapan yang dikatakan bersifat menindas tersebut.

“Berikan kontrak PSL kepada si Khalistani, Arshdeep” menurut sebuah tangkap layar.

“Konspirasi Khalistani…” ujar pengguna yang lain pula.

Pengguna tersebut kemudiannya mengulas tentang kemelut minoriti di India, di mana beliau menyatakan:

“Selepas setiap kekalahan mereka akan cari seseorang dari golongan minoriti untuk disalahkan. Kadangkala Muslim dilabel sebagai ‘Pakistani pengkhianat’ & Sikh dilabel sebagai ‘Khalistani’. Ini memalukan dan menjijikkan,” tegas beliau.

Tindakan yang dianggap biadap ini mendapat perhatian meluas dalam kalangan pengguna media sosial, di mana seorang pengguna menyelar penindasan yang dilakukan keatas golongan minoriti di India hanya kerana sebuah perlawanan sukan.

“Hanya cari dua perkataan sahaja di Twitter hari ini – ‘firecrackers’ & ‘Khalistani’ dan anda akan lihat bagaimana ‘sampah-sampah’ ini melayan dua warga minoriti mereka hanya kerana sebuah perlawanan kriket,” ujar seorang pengguna laman sosial Twitter. 

Gelaran “Khalistani” adalah merujuk kepada sebuah gerakan penganut agama Sikh yang menuntut supaya wilayah Punjab dimerdekakan daripada India dan dibina sebuah negara Khalistan yang baru.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: