Antarabangsa

Terpengaruh Dengan TV, Budak 7 Tahun Lempar Masuk Budak Dalam Telaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YUNNAN, 24 April 2023 – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun ‘melempar’ masuk jirannya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ke dalam sebuah telaga sedalam 5 meter.

Dakwa kanak-kanak perempuan itu, ianya adalah sebagai percubaan meniru perbuatan yang ditontonnya dalam drama televisyen.

Media melaporkan, kejadian yang berlaku di wilayah Yunnan di barat daya China itu telah dirakam CCTV.

BACA JUGA: Jerebu: Bilangan Untuk Dapatkan Rawatan Masalah Pernafasan Meningkat

BACA JUGA: Cleopatra Digambarkan Berkulit Hitam, Peguam Mesir Mahu Netflix Ditutup

BACA JUGA: Mantan Menteri Kesihatan Cadang Malaysia Eksport Ketum

Menerusi video tular, dapat dilihat pada awalnya, dua kanak-kanak tersebut bermain berhampiran dua buah telaga di kampung mereka tanpa pengawasan orang dewasa apabila secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan itu mengangkat budak lelaki itu dan menjatuhkannya ke dalam salah sebuah telaga di situ.

Mangsa pada mulanya sempat memegang tepi perigi sewaktu dijatuhkan namun kanak-kanak perempuan itu kemudian menepis tangan mangsa dari berpaut, mengakibatkan kanak-kanak lelaki tersebut jatuh ke dalam telaga.

Sejurus mangsa jatuh, kanak-kanak perempuan tersebut terus melarikan diri dari tempat kejadian

Dilaporkan, telaga itu mempunyai paras air sekitar 2 meter pada waktu kejadian.

Polis Songming menyatakan, mangsa diselamatkan oleh penduduk kampung yang terdengar teriakan meminta tolong.

“Dia mengalami selsema dan batuk, mungkin kerana tertelan sedikit air,” kata seorang wanita kepada Beijing News.

Susulan kejadian, keluarga kanak-kanak perempuan tersebut memohon maaf di samping memberikan wang dan makanan kepada keluarga mangsa.

Tidak dapat dipastikan sama ada gadis itu atau keluarganya akan didakwa ataupun tidak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: