Antarabangsa

Terpalit Tuduhan Rasis, ‘Godmother’ Putera William Mohon Maaf

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 01 Disember 2022 – ‘Godmother’ bagi Putera William, Lady Susan Hussey telah membuat permohonan maaf setelah beliau membuat pertanyaan berulang kali terhadap seorang pemimpin sebuah pertubuhan kebajikan yang berkulit hitam mengenai asal-usulnya.

Hussey juga dilaporkan telah meletakkan jawatan beliau setelah kejadian yang disifatkan sebagai perkauman tersebut berlaku.

Ngozi Fulani, seorang wanita berkulit hitam telah berulang kali ditanya mengenai asal-usulnya dalam sebuah majlis kebajikan yang berlangsung di istana pada Selasa lalu.

Ketika ditanya, Fulani menyatakan bahawa beliau “benar-benar terkejut” dengan kenyataan-kenyataan daripada Hussey.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat Hussey telah disifatkan oleh pihak istana sebagai “tidak boleh diterima dan sangat dikesalkan”. Bahkan jurucakap bagi Putera William turut membuat kenyataan mengenai kejadian tersebut dengan mengatakan bahawa “hal perkauman ini tidak dapat diterima dalam masyarakat kami”.

Lady Hussey yang kini berusia 83 tahun adalah merupakan orang kepercayaan yang rapat dengan mendiang Permaisuri Elizabeth. Ketika kemangkatan Duke of Edinburgh tahun lalu, beliau telah menemani Permaisuri sewaktu sesi pengebumian.

Beliau merupakan orang penting dan orang kepercayaan kerabat diraja itu selama beberapa dekad. Antara peranan terakhir beliau adalah penglibatannya dalam menganjurkan beberapa majlis di Istana Buckingham.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: