Antarabangsa

Terpalit Tuduhan Anti-Semitik, Adidas Juga Batalkan Kerjasama Dengan Kanye West

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

JERMAN, 27 Oktober 2022 – Akibat terpalit dengan tuduhan mengeluarkan kenyataan anti-semitik, Adidas AG, syarikat pengeluar pakaian sukan terbesar Eropah telah membatalkan kerjasama dengan Kanye West, penyanyi rap dan pereka terkenal Amerika Syarikat.

Adidas akan menamatkan perkongsian dengan penyanyi tersebut berkuatkuasa serta-merta, menghentikan pengeluaran produk jenama Yeezy serta semua pembayaran kepada Kanye dan syarikatnya, ujar laporan antarabangsa.

Keputusan itu dibuat oleh Adidas selepas berbincang selama berminggu-minggu meskipun produk jenama Yeezy telah menyumbang sebanyak 8 peratus daripada hasil jualan Adidas sejak sedekad lalu.

Beberapa minggu kebelakangan ini, penyanyi itu didakwa telah membuat kenyataan kontroversi bersifat anti-semitik dan memutuskan hubungan dengan beberapa rakan korporat yang terdiri daripada beberapa jenama besar dunia.

Disebabkan isu tersebut, saham Adidas telah jatuh sebanyak 4.5 peratus dalam dagangan Frankfurt iaitu paras terendah sejak 2016.

Turut dilaporkan, kontroversi Kanye West hanya salah satu daripada pelbagai masalah lain dalam syarikat sukan antarabangsa itu. Syarikat tersebut juga dikatakan sedang mencari ketua pengarah eksekutif (CEO) baharu untuk mengambil alih pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: