Antarabangsa

Terowong Purba Didakwa Menuju Makam Ratu Cleopatra VII Ditemui Di Mesir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MESIR, 10 November 2022 – Sebuah terowong di bawah Kuil Taposiris Magna yang berkemungkinan menuju ke makam Ratu Cleopatra VII telah ditemui di Mesir oleh ahli arkeologi di Mesir.

Terowong yang disifatkan oleh pihak berkuasa Mesir sebagai satu ‘keajaiban geometri’ itu terletak pada kedalaman 13 meter di bawah tanah dan ditemui berhampiran bandar Alexandria.

Menurut ahli arkeologi Mesir, penemuan terowong itu diharapkan dapat membawa mereka kepada makam firaun terakhir dan pemerintah terkenal Mesir yang telah lama hilang, Ratu Cleopatra VII.

Penggalian tersebut telah dijalankan oleh misi arkeologi Dominican – Mesir dari Universiti San Domingo.

Ketua misi tersebut, Dr Kathleen Martinez berkata, sekiranya penemuan terowong itu membawa kepada makam Ratu Cleopatra, ia akan menjadi “penemuan paling penting abad ke-21”.

Dalam misi penggalian sebelumnya, beberapa artifak termasuk syiling yang mengandungi nama Ratu Cleopatra dan Alexander The Great serta patung purba dewi Mesir Isis telah ditemui dalam Kuil Taposiris Magna itu.

Malah, penemuan mumia berlidah emas serta tanah perkuburan yang mengandungi mumia menghadap ke kuil di sekitar tapak itu turut membawa tanda bahawa terdapat makam diraja yang terletak berhampiran.

Ratu Cleopatra merupakan ratu Kerajaan Ptolemaic Mesir selama 21 tahun. Kematiannya juga menandakan berakhirnya zaman Helenistik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: