Tempatan

Terlupa Perbaharui Lesen, Ratusan Pemandu Disaman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 – Terlupa dan tidak sempat memperbaharui lesen antara alasan yang kerap diberi pemandu apabila pemeriksaan mendapati lesen atau cukai jalan mereka sudah tamat tempoh.

Perbuatan sambil lewa dalam mematuhi peraturan jalan raya itu dimaklumkan Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan, dalam sidang media Operasi Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar (Timur) Lebuhraya Shah Alam.

“Sebanyak 243 kenderaan diambil tindakan dan dikenakan 457 notis serta saman dengan 142 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu serta lesen memandu tamat tempoh.”

Sebanyak 123 saman pula dikeluarkan atas kesalahan tiada cukai jalan dan cukai jalan tamat, manakala 29 saman tiada lesen memandu kenderaan barang-barang (GDL) dan GDL tamat tempoh.”

Perkara itu diberitahu beliau selepas menjalankan operasi yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), PUSPAKOM Berhad dan konsensi lebuh raya KESAS Sdn Bhd malam tadi.

Selain itu, kesalahan lain yang turut diberi notis dan saman adalah lebih muatan (10), lampu HID (12), tayar celup atau botak (8), cermin gelap (27), kesalahan teknikal kenderaan (69) dan lain-lain kesalahan (37).

Pada masa sama, mereka juga berjaya menyita sembilan buah kenderaan yang terdiri daripada tiga lori kontena dan enam biji motosikal.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa sikap ambil mudah dalam memperbaharui lesen dan cukai itu wajar diubah kerana sekiranya terbabit dalam kemalangan, perkara ini kelak akan menyusahkan diri sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: