Tempatan

Felda Bangunkan Ladang Ayam Bernilai RM23 Juta Di Melaka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 23 Julai 2023 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang membangunkan ladang ayam yang bernilai RM23 juta di Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh, Jasin.

Menurut ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan, projek yang membabitkan lapan reban ayam tertutup itu mula dibangunkan pada bulan Mei dan dijangka siap pada Ogos tahun hadapan.

BACA JUGA: Polis Siasat Kereta Siti Kasim Dipasang Bom

BACA JUGA: Bekas Balang Akuarium: Penggunaan Bekas Bukan Tujuan Makanan Adalah Dilarang – KKM

BACA JUGA: Lapor Segera Maklumat Berkaitan Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ – Menteri Agama

Katanya, projek berkenaan akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia di kawasan berkenaan.

Dalam masa yang sama, kata beliau, projek itu dibina di atas tapak seluas lapan hektar dan mampu menternak sehingga 580,000 anak ayam pada satu pusingan.

Ia sekali gus akan memberi peluang pekerjaan kepada 20 hingga 30 peneroka di kawasan terbabit dengan harapan anak peneroka diberikan keutamaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: