Antarabangsa

TERKINI: Tentera China Lancar Peluru Berpandu Berhampiran Selat Taiwan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELAT TAIWAN, 04 Ogos 2022 – Tentera kerajaan China dipercayai telah melancarkan peluru berpandu jarak jauh di bahagian timur Selat Taiwan, di mana menurut sebuah laporan, ia dipercayai merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan.

Menurut laporan yang sama, pesawat dan kapal tentera laut China juga telah melintas di garisan median Selat Taiwan dalam jangka masa yang sekejap pada awal pagi tadi.

Dikhabarkan sebanyak 10 kapal tentera China telah melintasi garisan median tersebut semenjak Rabu malam dan kekal sehingga tengah hari tadi.

Pihak tentera Taiwan pula telah mengerahkan kapal-kapal tentera laut bagi mengawasi kawasan garisan median tersebut selain melancarkan sistem peluru berpandu bagi mengesan sebarang aktiviti di kawasan garisan median tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker