Tempatan

Kartel Jadi Mafia, Ugut Pesawah Dalam Jual Beli Benih Padi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAU, 04 Januari 2024 – Kartel atau ‘mafia’ padi terus menjadi samseng apabila didakwa menindas dan mengugut pesawah untuk tidak membeli semula benih padi jika tidak menggunakan benih padi dikeluarkan mereka.

Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzukhi Othman berkata, kartel yang dimonopoli empat ke lima syarikat besar juga mempunyai kilang-kilang padi di bawah penguasaan mereka termasuk mengeluarkan benih.

Katanya, kartel tersebut berperanan cukup besar yang menentukan harga padi, beras dan pembekal benih padi sehingga ada yang mengetepikan arahan kerajaan dan menyebabkan tercetusnya isu benih padi yang berlarutan setiap musim serta masalah bekalan beras.

Sementara itu, seorang pesawah yang enggan namanya disiarkan berkata, situasi itu dipercayai sudah lama terjadi sehingga menjadi amalan biasa ekoran tiada peraturan khusus mengenainya.

“Jika petani tidak menggunakan padi keluaran mereka, syarikat memberi alasan mendakwa petani yang menjual benih kepada mereka tidak mengikut piawaian, benih padi tidak bermutu dan sebagainya.”

“Maka diletakkan syarat kalau mahu jual benih padi kepada mereka kena beli benih padi di kilang mereka sejak awal ketika proses menanam yang menyebabkan petani terikat sehingga ke proses tuaian,” katanya.

Lagi menyedihkan apabila situasi itu dipercayai turut mendorong kepada manipulasi harga benih padi yang lebih tinggi berbanding harga subsidi.

“Sebab itu timbul masalah benih padi, ada yang jual RM50, RM60, RM70 sedangkan harga subsidi RM38 hingga RM45. Kartel ini sudah tentukan hala tuju industri sejak awal lagi,” keluhnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: