Tempatan

TERKINI: Sultan Kelantan Perkenal Dan Masyhurkan Sultanah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 02 Ogos 2022 – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan kepada isteri Baginda, YBhg. Che Puan Nur Diana Petra Abdullah dengan gelaran, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah Sultanah Kelantan.

Pengisytiharaan itu dibuat sebagai pengetahuan kepada orang ramai oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan bagi menjalankan kuasa-kuasa menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Dalam istiadat sama, Baginda turut berkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

“Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ini turut dinamakan di dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’ dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan sebagai ‘Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan,” ujar Menteri Besar Kelantan.

Semua kurniaan Pangkat Kemuliaan tersebut mula berkuat kuasa pada hari ini Selasa, 04 haribulan Muharram 1444H bersamaan dengan 02 Ogos 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: