Antarabangsa

Terkini #SaveRayan: Allah Lebih Menyayangimu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MAGHRIBI, 06 Februari 2022 – Adik Rayan, yang terperangkap di dalam telaga sedalam 32 meter pulang bertemu penciptaNya hari ini.

Perkembangan terkini adik Rayan itu diumumkan menerusi kenyataan diraja, tidak lama selepas Rayan berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari telaga.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Berikutan kemalangan tragik yang mengambil nyawa kanak-kanak kecil, Rayan Oram, Seri Paduka Baginda Raja Mohammed VI telah memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam telaga.”

Dunia kini sedang berduka dan berkabung atas kematian kanak-kanak kecil ini.

“Hanya 5 minit, dia gembira selama 5 minit. Anaknya meninggal dan bertemu penciptaNya. Awak adalah seorang ibu yang paling berani dalam dunia. Air matamu mengungkapkan segalanya. Kami akan berdoa untuknya. Jangan bimbang, dia selamat sekarang. Dia berada di tempat yang lebih baik dan selesa, #Rayan,” kata Hussein, seorang pengguna Twitter.

Leave a Reply

Back to top button