Antarabangsa

Kerajaan Palestin Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – Kerajaan Palestin bersama rakyatnya berhasrat untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan Malaysia berdasarkan hubungan persaudaraan dan saling menghormati.

Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, keazaman kerajaan Palestin memperkukuh hubungan adalah kerana ingin mencapai kemajuan yang ketara dalam setiap kemungkinan kerjasama bagi kedua-dua negara.

Ujar beliau, rakyat Palestin amat menghargai sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia bagi menuntut keadilan buat Palestin.

Tidak ketinggalan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang disambut hari ini.

“Saya berdoa kepada Allah Yang Maha Esa agar mengurniakan kebahagiaan, kejayaan, kemajuan dan kemakmuran kepada Malaysia dan rakyatnya,” kata Walid Abu Ali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: