Tempatan

Memupuk Hiburan Mesra Islam, Menteri Santuni Pemain Industri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 September 2022 – “Memang hiburan itu adalah satu fitrah, tetapi biarlah hiburan itu bertepatan dan berlandaskan agama dan syariat. Saya kira sudah tiba masanya setiap stesen TV dan produksi TV mewujudkan Jabatan Pematuhan Syariah untuk menyemak, menapis, memantau semua skrip dan kandungan sebelum disiarkan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dalam Facebooknya.

Ujarnya, mendengar maklum balas dan pendapat daripada pemain-pemain industri yang ditemuinya, masih ramai yang suka dan mahukan rancangan dan siaran yang mempunyai kandungan berunsur Islamik serta bertepatan dengan syariat agama.

“Karya-karya seni atau program yang cuba menormalisasikan budaya yang bersalahan dengan syariat Islam dan nilai akhlak serta budaya masyarakat negara ini perlu dielakkan sama sekali. Ia mesti ditentang habis-habisan bermula daripada kita semua.”

Katanya lagi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM sentiasa bekerjasama dengan semua pihak industri dan telah menerbitkan tiga garis panduan untuk rujukan semua pihak.

JAKIM juga telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Hadith yang membuat kajian serta rujukan hadith kepada semua masyarakat.

“Kita tidak mahu masyarakat terus terjebak dengan penyebaran hadith palsu,” ujarnya.

Pertemuan itu dilakukan oleh Datuk Idris Ahmad selepas risau melihat perkembangan pelbagai aktiviti hiburan yang tidak menepati garisan Islam dan risau akan kecenderungan masyarakat yang tidak dididik dalam berhibur sekitar sebulan dua ini.

Di akhir kenyataan, Menteri Agama itu merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi Kerajaan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF), stesen-stesen TV dan produksi yang turut hadir bersama.

“Peluang saya bertemu dengan para pemain industri penyiaran ini adalah satu peringatan bersama untuk menjayakan agenda yang lebih baik dalam mendidik masyarakat terhadap isu-isu hiburan yang melampau dan tidak hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, namun isu moral yang dibina untuk masyarakat Malaysia terutamanya anak muda perlu dititik berat dalam dunia penyiaran ini,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: