Antarabangsa

TERKINI: Kelab Malam Terbakar Ragut 13 Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 05 Ogos 2022 – Sebuah kelab malam, Mountain B di wilayah Chonburi, Thailand dilaporkan terbakar sehingga meragut 13 nyawa pada jam 1 pagi waktu tempatan dan kesemua mangsa termasuk 35 lagi yang cedera merupakan warganegara Thailand.

Sebuah rakaman video dimuat naik Yayasan Penyelamat Sawang Rojanathammasathan memaparkan orang ramai sedang menjerit dan berlari menyelamatkan diri dengan pakaian mereka yang terbakar disebabkan api marak.

Dalam laporan sama, anggota-anggota bomba yang datang bagi membantu mengawal kebakaran dilaporkan berjaya selepas kira-kira tiga jam insiden berkenan berlaku.

“Kelemahan Thailand terhadap kesihatan dan keselamatan terutama di bar serta kelab malam yang begitu ramai pengunjung sudah lama dibangkitkan oleh pelbagai pihak,” lapor media tempatan.

Pada malam tahun baharu 2009, Kelab Malam Santika, Bangkok mengalami kebakaran besar-besaran menyebabkan 67 maut dan lebih 200 orang lagi cedera. Insiden itu berlaku apabila ada bunga api yang dilepaskan ketika kumpulan rock, Burn sedang membuat persembahan. Oleh yang demikian, pemilik premis tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun.

Sebuah lagi kelab malam di Pulau Percutian Phuket juga dilaporkan terbakar dan membunuh empat orang berpunca dari kerosakan elektrik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker