Antarabangsa

TERKINI: Hukuman Mati Telah Dijalankan Keatas Rakyat Malaysia di Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 2 Ogos 2022 – Menurut sebuah pendedahan, Pusat Biro Narkotik Singapura telah mengesahkan bahawa dua hukuman mati telah dijalankan pada awal pagi ini, di mana salah seorangnya adalah rakyat Malaysia berumur 34 tahun.

Menurut tangkap layar kenyataan rasmi tersebut, kedua-dua si mati telah didapati bersalah atas kesalahan penyeludupan dadah secara bersama.

“Mereka telah melalui proses perundangan, dan diwakili oleh peguam sepanjang proses dijalankan. Petisyen mereka kepada Presiden untuk keringanan tidak berjaya.” Menurut kenyataan tersebut.

Hal ini mendapat kritikan daripada pengguna laman media sosial, di mana seorang wartawan menyatakan:

“Kerajaan Singapura menyatakan bahawa pembunuhan tersebut adalah sebahagian daripada ‘strategi menyeluruh bagi menolak mudarat’, walaupun ada bukti yang ‘peperangan melawan dadah’ ini tidak berkesan di mana-mana.”

“Hukuman mati Singapura semakin rancak dilakukan.”

“Menghairankan mereka tidak namakan salah seorang lelaki yang negara tersebut telah hukum dengan hukuman mati (memetik permintaan keluarga).” Soal pengguna lain pula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: