Tempatan

Terkini: Hampir Seluruh Semenanjung Blackout Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 – Hangat menjadi perbualan warganet hari ini apabila hampir seluruh semenanjung Malaysia dikatakan mengalami gangguan bekalan elektrik (blackout) di beberapa buah negeri seperti Kedah, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, beberapa orang pengguna media sosial memaklumkan bahawa gangguan bekalan elektrik ini turut dialami di sesetengah kawasan lain seperti Kelantan, dan Pulau Pinang.

Seorang pengguna laman sosial Twitter memuat naik satu hantaran dengan mempersoalkan;

“Satu Semenanjung takde elektrik ke?”

Pengguna lain, @sara_nikka dalam hantarannya turut memberi maklumat kepada pengguna lain dengan menyenaraikan kawasan-kawasan yang terlibat.

Pada masa yang sama, sebuah media tempatan melaporkan aduan seorang lagi pengguna yang mengadu kepada RapidKL, kereta api yang dinaikinya terhenti akibat gangguan bekalan elektrik itu, walaupun laluan Cheras kembali beroperasi selepas 25 minit.

Bagaimanapun, setakat ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui hebahannya memaklumkan “beberapa kawasan” sedang mengalami gangguan belakan dan pihaknya sedang cuba memperbaiki masalah ini, lapor sebuah portal.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.”

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: