Antarabangsa

Terkini: Hampir 100,000 Lembu Mati Akibat LSD Di India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 29 September 2022 – Pegawai Kerajaan India mengesahkan dalam satu laporan kes penyakit kulit berketul atau ‘Lumpy Skin Disease’ yang berasal dari Gujarat kini sedang melanda India dan menyebabkan kematian hampir 100,000 ekor lembu.

“Angka kumulatif lembu mati akibat penyakit kulit berketul meningkat kepada 97,435 ekor setakat 23 September lalu, hampir dua kali ganda daripada 49,682 kematian direkodkan tiga minggu lalu,” ujar pegawai tersebut mengenai jumlah tersebut yang meningkat dua kali ganda sejak tiga minggu lalu.

Perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Muda Perikanan, Penternakan dan Tenusu, Sanjeev Kumar Balyan yang berkata, LSD yang menyebabkan 49,682 kematian di seluruh negara turut memberi kesan kepada 1.12 juta lembu lain.

“Kematian paling banyak pula direkodkan di Rajasthan, di mana hampir 64,311 haiwan mati setakat ini, diikuti 17,721 lembu mati di Punjab,” menurut laporan media tempatan.

Berdasarkan data terbaru yang dikeluarkan kementerian tersebut, penyakit kulit berketul itu sedang merebak ke 251 buah daerah di 15 negeri.

Setakat ini, sebanyak 16 juta ekor lembu telah diberi vaksin sehingga 23 September lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: