Tempatan

TERKINI: Bayaran Tol Di 6 Lebuh Raya Utama Dikurangkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2022 – Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan kadar bayaran tol di enam lebuh raya utama,” umum Perdana Menteri Sementara, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Fasa pertama yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 20 Oktober ini akan melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bersurai Kajang (Sutera).

Fasa kedua pula akan melibatkan Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) bermula pada 1 Jan 2023.

Manakala, tol percuma akan diberikan kepada pengguna Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka mulai 12.01 tengah malam ini.

Dalam masa yang sama, laman Twitter DASH Expressway pula mengingatkan pengguna yang teruja dengan tol percuma untuk mengikuti lorong masing-masing sewaktu melalui lebuh raya tersebut.

“Ingat! Palang di lorong TNG plaza tol hanya akan terbuka apabila anda sentu kad TNG. Sila pastikan kad TNG bersama anda dan disentuh ketika melalui plaza tol di Lebuhraya DASH.”

“Ikut lorong masing-masing jika anda menggunakan kad TNG, jangan memasuki loorng RFiD!”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: