TERKINI: Banjir Congo Ragut 141 Nyawa, Kerajaan Umum Tempoh Berkabung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KINSHASA, 14 Disember 2022 – Sekurang-kurangnya 141 maut manakala berpuluh cedera selepas banjir buruk melanda Kinshasa, Republik Demokratik Congo.

Berikutan tragedi yang berlaku, Perdana Menteri republik itu, Jean-Michel Sama Lukonde mengumumkan tiga hari tempoh berkabung di seluruh negara.

Menurut laporan, jalan raya utama di pusat Kinshasa, bandar yang menempatkan sekitar 15 juta penduduk tenggelam dalam tempoh beberapa jam termasuk menyebabkan laluan bekalan utama terputus.

Banjir itu juga menyebabkan beberapa kawasan berdepan dengan tanah runtuh.

“Setakat pagi tadi, jalan kebangsaan lumero 1 kinshasa Matadi, telah runtuh menghala ke Matadi-kibala kerana hujan lebat yang turun pada waktu malam. Berita sedih untuk penduduk Congo tengah dan Kinshasa. Jalan sudah tidak ada,” kongsi seorang pengguna media sosial. S

Sehingga kini, pihak berkuasa republik terus menjalankan operasi mencari dan memulihkan. Mereka turut membayangkan bahawa jumlah mangsa dijangka meningkat.

Exit mobile version