Tempatan

Terkilan Kementerian Kewangan Tak Luluskan Bantuan Kecemasan Tahfiz – PU Hafiz

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SELANGOR, 06 Oktober 2021 – “Apa yang terkilan, tahun ini apa yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Abdul Aziz dan pertemuan dengan Menteri Agama bersama dengan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (Permata Al-Quran), mengatakan bahawa pihak Kementerian Kewangan tidak meluluskan permohonan bantuan kecemasan seperti elaun guru dan pengurusan maahad tahfiz,” kata Ustaz Muhammad Hafiz Mohd Haneefa.

Menurut Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PITAS) Negeri Selangor yang dikenali sebagai PU Hafiz ini, daripada merdeka sehingga sekarang, tahfiz tidak pernah memohon kepada kerajaan.

“Cuma kali inilah baru kita mohon dan tiga empat tahun lepas juga kerajaan baru memberi bantuan kepada kita,” jelas beliau.

Namun, terdapat negeri yang membantu seperti Johor yang memberikan bantuan one-off RM10,000 kepada setiap sekolah untuk menampung kos.

Di Kelantan, Pahang dan Perak juga bantuan untuk setiap guru baru telah diluluskan.

“Bagaimanapun, di Selangor pula, pihak kerajaan negeri tidak memberi bantuan khusus setakat ini dan kita berharap kalau boleh pihak kerajaan negeri pun cakna seperti mana negeri-negeri lain kerana kita membangunkan modal insan dengan keadaan maksiat yang banyak, dengan sosial di negeri Selangor ini diseimbangkan dengan pendidikan tahfiz dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh anak-anak tahfiz,” kata PU Hafiz.

Tambah PU Hafiz, ada yang mempersoalkan mengapa maahad tahfiz perlu memohon bantuan kerajaan dan tidak berusaha sendiri?

Jawabnya, “Banyak syarikat yang tutup dan mohon bantuan kepada kerajaan termasuk bantuan geran dan syarikat besar yang terkesan pun turut mohon pelbagai insentif-insentif kepada kerajaan.”

“Apatah lagi kita maahad tahfiz yang kecil. Inilah pertama kali maahad tahfiz memohon bantuan dari kerajaan melalui Kementerian Agama. Namun setakat ini Kementerian Kewangan tidak meluluskan menurut JAKIM,” ujarnya.

Kata beliau lagi, pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang susah dan kehilangan pekerjaan termasuk ibu bapa para pelajar, mengakibatkan mereka tidak dapat membayar yuran pengajian.

Tambahnya, ada juga individu dan syarikat-syarikat yang agak besar menaja maahad tahfiz, namun disebabkan pandemik, mereka juga tidak dapat memberikan bantuan.

“Jadi anak-anak tahfiz termasuk anak-anak yatim serta gaji guru tidak dapat dibayar, kerana hutang ibu bapa dan pihak pihak penaja tadi,” katanya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: