Antarabangsa

Terkesan Ekonomi Tidak Menentu, Amazon Bakal Berhentikan 10,000 Pekerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 16 November 2022 – Amazon.com sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika dalam perancangan memberhentikan lebih 10,000 orang pekerja dalam sektor korporat dan teknologi pada minggu ini kerana persekitaran makroekonomi tidak menentu yang dihadapi Amazon dan syarikat lain.

Menurut media, keputusan itu sekali gus mencatatkan pengurangan kakitangan terbesar dalam sejarah syarikat berkenaan dan jumlah tersebut mewakili kira-kira 3 peratus daripada kakitangan korporat Amazon namun bilangan tepat mungkin berbeza apabila perniagaan dalam Amazon menyemak keutamaan mereka.

Syarikat yang memfokuskan pada e-dagang, pengkomputeran awan, pengiklanan dalam talian, penstriman digital dan kecerdasan buatan itu merancang mengurangkan pekerja dalam organisasi mereka yang menghasilkan alat kawalan suara Alexa dan kamera keselamatan rumah serta bahagian sumber manusia dan runcitnya.

Amazon yang berpangkalan di Seattle meramalkan kelembapan dalam pertumbuhan jualan musim cuti yang biasanya menguntungkan dan akan turut membekukan pengambilan pekerja korporat tambahan selama beberapa bulan.

Ketua Pegawai Kewangan Amazon, Brian Olsavsky memaklumkan, syarikat itu melihat tanda-tanda belanjawan isi rumah yang lebih ketat untuk membeli-belah dan syarikat itu terus bergelut dengan inflasi yang tinggi serta kos tenaga.

Manakala laporan Wall Street Journal, unit peranti Amazon pula dalam beberapa tahun kebelakangan ini mencatatkan kerugian operasi tahunan lebih daripada AS$5 bilion (RM22.7 bilion).

Setakat ini, media melaporkan bahawa saham Amazon telah kehilangan lebih daripada 40 peratus nilainya dan mencatat penurunan 1.1 peratus kepada AS$99.67 (RM453).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: