Antarabangsa

Terkait Keganasan Di Tebing Barat, Permit Kerja 500 ‘Ahli Keluarga’ Tertuduh Akan Dimansuhkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 18 November 2022 – Unit Perhubungan Tentera Rejim Israel bagi Warga Palestin telah mambatalkan permit masuk ke Israel yang sebelumnya dimiliki oleh ratusan ahli keluarga rakyat Palestin.

Permit mereka yang dibatalkan itu adalah berdasarkan tuduhan bahawa mereka adalah ahli keluarga ‘pengganas’ yang telah membunuh tiga orang Israel serta membuatkan beberapa orang Israel yang lain cedera beberapa hari lalu di zon industri Tebing Barat.

Pada kejadian Selasa lalu, Muhammad Souf, 18 tahun telah bertindak menikam serta merempuh menggunakan kereta di Taman Industri Ariel.

Tindakan Souf tersebut telah menyebabkan kematian tiga warga Israel iaitu Tamir Avihai, Michael Ladygin dan Motti Ashkenazi manakala tiga orang lagi mengalami cedera parah pada kejadian yang sama.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyelaras bagi Aktiviti Kerajaan dalam Wilayah (COGAT) – sebuah badan di bawah Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal sivil warga Palestin – mengatakan bahawa keputusan bagi membatalkan sekitar 500 permit itu telah diputuskan setelah Menteri Pertahanan rejim haram aparteid, Benny Gantz selesai menjalankan proses penilaian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak COGAT, Gantz telah meluluskan tindakan tersebut “sesuai dengan polisi yang diguna pakai pada tahun lalu”.

Menurut COGAT lagi, pada tahun lalu, lebih dari 3,000 permit kerja yang dimiliki oleh ahli keluarga ‘pengganas’ warga Palestin telah dibatalkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: