Antarabangsa

Terima Ugutan Rogol Anak Perempuan Pekak Bisu, OKU Muslim Diserang Hindu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHARGONE, 22 April 2022 – “Mereka mengugut untuk merogol anak perempuan saya yang pekak bisu, mengoyakkan pakaian isteri saya dan menyerang kami dengan batu,” ujar Abdul Hamid, seorang penduduk Muslim Khargone, India yang telah kehilangan penglihatannya.

Abdul Hamid, 58 tahun diugut sedemikian setelah penduduk tempatan menceroboh rumahnya. Rumah beliau telah menjadi sasaran apabila dituduh melindungi perusuh yang terlibat dalam keganasan perkauman semasa perayaan Ram Navmi berlangsung.

Akibat daripada keganasan yang berlaku, pihak pentadbiran daerah Khargone terpaksa mengetatkan perintah berkurung.

Jelasnya, pada malam pencerobohan, Abdul Hamid dan keluarga berada dalam ketakutan apabila sekumpulan perusuh berjumlah lebih 60 orang telah menyerbu rumah mereka.

“Kira-kira jam 9 malam ketika batu dibaling. Dalam masa 10 minit, mereka menyerbu masuk ke dalam rumah setelah memecahkan dua pintu. Mereka menuduh kami melindungi perusuh. Mereka paksa kami untuk laungkan Jai Shree Ram,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat berpesan kepada anak-anaknya, “Bacalah doa kamu, ini adalah saat-saat terakhir kita.”

Kumpulan perusuh berkenaan diketuai Balram Chouhan, seorang pemuda berusia 20 tahun. Ketika keluarga Abdul Hamid diserang di dalam rumah, Balram cuba membuat letupan namun terhenti apabila terdengar siren polis ronda. Kumpulan perusuh juga melarikan diri daripada pihak polis.

Hamid, abang iparnya dan anaknya mengalami kecederaan parah dalam insiden itu. Tambah beliau, walaupun sudah lebih satu abad tinggal di perkampungan tersebut, ini merupakan kes serangan pertama yang berlaku.

Baru-baru ini, kerajaan India pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) telah meroboh rumah orang Islam di daerah Khargone dan Barwani, menyebabkan mereka terpaksa bertahan di bawah langit terbuka dalam keadaan cuaca panas terik di negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: