Tempatan

Terima UEC, Perpaduan Nasional Akan Ranap – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 09 September 2021 – Perpaduan nasional akan ranap jika kerajaan menerima dan mengesahkan Unified Examination Certificate (UEC), ujar peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

“UEC ini adalah satu sistem silibus pendidikan menengah di sekolah Cina (independent Chinese school) di mana mereka mempunyai silibus mereka sendiri, berbeza daripada sillibus Kementerian Pendidikan yang kita ada di sekolah menengah.”

Kata Haniff, jika benar Malaysia mahukan perpaduan antara kesemua keturunan dan agama, maka ia mestilah bermula daripada sekolah.

“Silibus UEC sendiri di sini bagi saya mendorong dan menyumbang secara tidak sihat kepada kerenggangan perpaduan kaum dan rakyat Malaysia.”

Oleh itu, selagi sistem pendidikan yang berasingan bermaharajalela di negara ini, selagi itulah rakyat Malaysia tidak akan mencapai perpaduan sejati.

“Dan kita akan hidup dalam apa yang diharmoni olok-olok sahaja.”

Tegas beliau, negara mengambil langkah yang terus menjunam ke bawah sekiranya kerajaan meluluskan UEC.

“Kerajaan tidak wajar memikirkan kepentingan dan kedudukan kestabilan diri mereka sendiri.”

“Negara perlukan ahli politik yang jujur, patriotik dan nasionalis untuk kepentingan negara dan rakyat negara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: