Antarabangsa

Israel Perkenal Semula Hukuman Mati Terhadap ‘Pengganas’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMAQDIS, 20 November 2023 – Parti aliran kanan rejim Israel, Otzma Yehudit telah bertindak menghantar sebuah bil undang-undang bagi mewajibkan ‘hukuman mati untuk para pengganas’, yang mana bil tersebut akan diperdebatkan minggu ini.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh pemimpin parti itu yang juga merupakan menteri keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir menerusi akaun X beliau pada Sabtu lalu.

Ujarnya, “Saya menjangkakan untuk semua ahli Knesset menyokong undang-undang yang penting ini”.

Rejim tersebut sebelum ini telah memansuhkan hukuman mati bagi jenayah pembunuhan pada tahun 1952 dan kali terakhir hukuman mati dijalankan oleh rejim tersebut adalah pada tahun 1962.

Sebuah lagi bil yang memperkenalkan hukuman mati telah dibawakan kepada Knesset pada awal Mac lalu.

Bil tersebut, yang telah membenarkan para hakim untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa yang didapati bersalah melakukan pembunuhan yang bermotivasikan kebencian terhadap warga Israel dan ianya telah dipersetujui oleh ahli Knesset pada fasa pembacaan awal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: